PIAGAM PELANGGAN




PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:


  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia mengikut kohort umur hendaklah didaftarkan dan mendapat tempat belajar dalam tahun persekolahan semasa.
  2. Pengurusan hal ehwal murid diurus mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
  3. Semua permohonan kemasukan murid berkeperluan khas yang lengkap diberi kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  4. Menyediakan khidmat kepakaran dan runding cara berkaitan kurikulum diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  5. Semua guru ditempatkan ke sekolah tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima bekalan guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Semua permohonan pertukaran guru sekolah secara “online” (talian e-GTukar) diproses 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat penempatan pertukaran ke sekolah (pertukaran dalam negeri).
  7. Semua hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan kakitangan diurus dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  8. Semua tuntutan kewangan yang lengkap diproses dalam 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  9. Mengurus Peperiksaan Awam berdasarkan kepada kurikulum kebangsaan KPM dan Penyerahan sijil peperiksaan awam dalam tempoh 21 hari bekerja setelah menerima sijil dari KPM.
  10. Semua institusi pendidikan, pengelola, guru dan Persatuan Ibu Bapa-Guru didaftar mengikut prosedur dan peraturan dalam Akta Pendidikan 1996.
  11. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling akan diberi kepada warga kerja mengikut jadual yang telah dipersetujui.
  12. Semua aduan pelanggan diberi Akuan Terima dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  13. Semua aduan pelanggan yang berasas diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja (kes mudah), 14 hari bekerja (kes sederhana) dan 28 hari bekerja (kes berat).
  14. Semua kakitangan mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling jika diperlukan.
  15. Semua pelanggan akan diberi perkhidmatan yang mesra dan cekap.
  16. Semua penyelenggaraan dan penambahbaikan peralatan ICT diurus dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh aduan diterima bagi memastikan penggunaan kemudahan dan peralatan ICT secara optimum.

    Popular Posts

    Recent Posts

    WAKTU PEJABAT

    Isnin - Khamis


    • 0800 - 1300 (pagi)
    • 1400 - 1700 (petang)

    Jumaat

    • 0800 - 1145 (pagi)
    • 1415 - 1700 (petang)

    HUBUNGI KAMI





    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUKAH
    JALAN HAJI MOHAMAD FAUZI 96400 MUKAH

    Tel: 084-871259  

    Fax: 084-871298

    CALENDAR